Isu Pemain Warisan, FAM Tidak Akan Berdiam Diri
MakanBola
Malaysia NT

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini fokus membuat rayuan kepada FIFA berhubung isu hukuman yang dijatuhkan ke atas badan induk itu dan tujuh pemain warisan negara.

Perkara ini ditegaskan Pemangku Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi menerusi satu laporan oleh Astro Awani.

Yusoff memaklumkan seandainya keputusan rayuan FAM diterima, ini bukan saja memastikan dua keputusan aksi kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal dan Vietnam dikekalkan.

Malah, ini memastikan status tujuh pemain yang beraksi dalam dua perlawanan tersebut sebagai sah di sisi FIFA.

Sehubungan itu, FAM kini menunggu jawapan rasmi daripada FIFA dan berharap keadilan dapat diberi kepada semua pemain yang terlibat dan skuad negara.

Yusoff turut menambah keputusan rayuan sama ada ditolak atau diterima, ia tetap akan memberi kesan signifikan kepada Harimau Malaya dan dua keputusan aksi yang dinyatakan.

Terdahulu, keputusan rayuan FAM dijangka diketahui pada 30 Oktober ini. Ini berdasarkan maklumat yang diberi peguam sukan antarabangsa, Serge Vittoz yang mewakili badan induk itu.