“Itulah Sasaran Kami” – Peter Cklamovski
MakanBola
Malaysia NT

Persembahan yang dipamerkan oleh Harimau Malaya kendalian Peter Cklamovski berdepan Vietnam sudah diatur rapi.

Barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan bertungkus-lumus untuk mempersiapkan skuad negara untuk menamatkan badi 10 tahun tanpa kemenangan berdepan Bintang Pahlawan Emas.

Cklamovski dalam satu temu bual bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berterima kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan kepada Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

“Kemenangan menentang Vietnam sudah pasti menjadi satu kebanggaan. 

“Kita (Harimau Malaya) sasarkan perkara itu dan bekerja keras untuknya.

“Kami mahu memberikan sebuah pasukan kebangsaan dengan harapan penyokong boleh meletakkan sepenuh harapan kepadanya dan berada pada landasan yang terbaik.”

Harimau Malaya kini mengekalkan rekod cemerlang apabila memperoleh dua kemenangan daripada dua aksi awal Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027.

“Apa yang penting buat barisan kejurulatihan adalah persembahan dan tiga mata selain fokus kepada apa yang kami,” katanya kepada Astro Arena.

Malaysia juga menerima suntikan tambahan menerusi kehadiran lima tonggak warisan baharu iaitu Facundo Garces, Jon Irazabal, Imanol Machuca, Joao Figueiredo dan juga Rodrigo Holgado.