Izzuddin-Sze Fei Kembali Berlatih Di BAM
UltraSukan
BA Malaysia

Beregu lelaki nombor tujuh dunia, Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei kembali berlatih di BAM.

Kelibat bekas beregu nombor satu dunia itu beraksi di gelanggang dikesan wartawan Astro Arena, Kamal Nizam semasa berada di Akademi Badminton Malaysia (ABM).

“Goh Sze Fei & Nur Izzuddin kembali berlatih di BAM?” katanya di X.

BAM kemudiannya mengesahkan kehadiran Izzuddin-Sze Fei di ABM. Kehadiran mereka bukan saja bertujuan meningkatkan piawaian latihan keseluruhan membabitkan kem beregu negara.

Malah, latihan ini memberi manfaat kepada beregu lelaki BAM dan beregu profesional negara termasuk persaingan sihat antara regu.

Aturan ini bersifat jangka pendek dengan fokus menjurus kepada persiapan menghadapi kejohanan pembuka tirai 2026, saingan Malaysia Open.

Kejohanan itu juga akan menyaksikan kemunculan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024, Lee Zii Jia.

Sekiranya beliau sah beraksi, ini akan menjadi kejohanan pertamanya pada 2026 selepas berehat lama akibat kecederaan.