Pemain pertahanan kental Malaysia yang berkelana di Jepun, Dion Cools mendapat keterujaan dari Liga 1 Jepun tersebut atas kehebatan beliau.
Dion Cools merupakan pemain serba boleh bermain di berbeza-beza posisi iaitu bek tengah atau kanan bagi kelab dan skuad Kebangsaan Malaysia.
Beliau yang sudah berkelana beberapa bulan di bumi Jepun telah mendapat perhatian kembali oleh media liga tersebut atas persembahan beliau ketika beraksi beberapa perlawanan.
“Dion Cools merupakan pemain yang serba boleh dan boleh bermain di beberapa posisi.”
“Kami sangat teruja untuk melihat apa yang bakal dipersembahkan oleh beliau di masa akan datang,” kata J1 League di satu hantaran media sosial mereka.
Dion Cools yang mempunyai 333 penampilan, 19 jaringan dan 29 bantuan jaringan sebagai pemain pertahanan bersama 8 kelab yang pernah beliau sertai cukup untuk membuktikan bahawa beliau adalah pemain yang patut diberi perhatian.
Cools merupakan pemain pertama dari Malaysia yang menyertai antara Liga terbaik di Asia iaitu Liga 1 Jepun.
Cerezo Osaka kini di kedudukan ke-9 liga dijangka akan mengatasi rekod kedudukan pada musim lepas iaitu mengakhiri di tempat ke-10 liga.