Beregu wanita nombor tiga Malaysia, Ong Xin Yee dan Carmen Ting merekodkan ranking terbaik mereka pada tahun 2025.
Ini terjadi selepas pemain beregu wanita China, Chen Qing Chen mengumumkan persaraan pada akhir Oktober lalu.
Qing Chen dan rakan gandingannya, Jia Yi Fan beraksi buat kali terakhir dalam aksi separuh akhir French Open 2025.
Aksi tersebut menyaksikan Qing Chen-Yi Fan tewas kepada rakan senegara, Li Yijing-Luo Xumin. Susulan itu, Yi Fan kembali bergandingan dengan Zhang Shu Xian untuk acara beregu wanita.
Susulan itu, Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) memadam ranking Qing Chen-Yi Fan berdasarkan kemas kini ranking terbaru mereka.
Situasi ini menyaksikan Xin Yee-Carmen memperbaiki kedudukan dari kedudukan ke-33 kepada ke-29 dunia.
Pencapaian terbaik mereka tahun ini ialah mara ke peringkat separuh akhir Syed Modi India International 2025 baru-baru ini.