Jairo Da Silva Antara 3 Pemain Cetak Gol Debut Bersama JDT
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

3 pemain baharu JDT musim ini berjaya menjaringkan gol ketika debut bersama skuad Harimau Selatan musim 2025.

Pemain dimaksudkan ialah Jairo Da Silva, penyerang baharu skuad juara Liga Super 11 kali berturut-turut itu tiba ke skuad JDT dari kelab Pafos yang beraksi di Liga Cyprus.

Jairo meledak gol debut ketika menentang pasukan Selangor dalam saingan pembukaan Liga Super iaitu Piala Sumbangsih pada 8 Ogos lalu.

Beliau hanya memerlukan 1 minit pertama perlawanan untuk membuka akaun jaringan bersama skuad JDT yang menyaksikan pasukan tersebut menjulang kejuaraan Piala Sumbangsih bagi musim ini.

Selain itu, pemain – pemain yang mencatatkan debut jaringan bersama skuad JDT adalah Teto Martin dan Celso Bermejo.

Kedua-dua pemain tersebut mencatatkan gol debut ketika menentang UM Damansara United dalam aksi pusingan 16 Piala FA 2025.

Skuad JDT bakal meneruskan aksi dalam saingan Liga Super pada Khamis dengan menentang pasukan Harimau Kumbang di Stadium Sultan Ibrahim.