Beregu lelaki Malaysia, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi meneruskan rentak cemerlang ke separuh akhir Japan Open 2025.
Yew Sin-Ee Yi mara dengan menyingkirkan beregu China, Liang Wei Keng dan Wang Chang di peringkat suku akhir.
Aksi ini dilihat peluang buat beregu negara membalas dendam terhadap beregu nombor enam dunia itu. Ini kerana bukan sekali Wei Keng-Wang Chang mengecewakan Yew Sin-Ee Yi di atas gelanggang.
Ini termasuk aksi pusingan kedua Indonesia Open. Wei Keng-Wang Chang mara ke suku akhir kejohanan itu dengan merekodkan kemenangan 23-21, 22-20 ke atas Yew Sin-Ee Yi.
Kali terakhir beregu ke-30 dunia itu mencipta kejutan ke atas lawan mereka itu ialah saingan Denmark Open 2022. Yew Sin-Ee Yi menang dengan keputusan 21-18, 22-20.
Set pertama menyaksikan wakil negara selesa mendahului pada kedudukan 19-15. Wei Keng-Wang Chang kemudiannya berjaya mengejar dan mengikat kedudukan 20-20.
Kedua-dua beregu terus bersaing sengit merebut mata. Pada akhirnya, Yew Sin-Ee Yi memenangi set pertama dengan keputusan 25-23.
Set kedua menyaksikan pada awalnya, Wei Keng-Wang Chang mendahului pada kedudukan 14-13. Yew Sin-Ee Yi berjaya mengejar dan menyamakan kedudukan 14-14.
Meskipun beregu kelima dunia itu cuba memberi tentangan, beregu ke-30 dunia itu kembali mendahului sebelum menang dengan keputusan 21-19.
Wei Keng-Wang Chang/Yew Sin-Ee Yi berdepan tugas sukar apabila melangkah ke separuh akhir. Ini kerana mereka akan menentang beregu nombor satu dunia baharu dari Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae.
Won-ho-Seung-jae mara selepas menyingkirkan satu lagi wakil negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun dalam satu lagi aksi suku akhir.