Javier Ribera Ada Jawapan Malaysia B-16 Kempunan Ke Asia
MakanBola
Vietnam FF

Pengendali Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera memiliki jawapan berhubung kegagalan anak buahnya mara ke Piala Asia B-17 2026.

Malaysia terlepas tiket kejohanan itu apabila tewas 4-0 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan C di Stadium PVF.

Ribera mengakui barisan anak buahnya cuba memberi tentangan kepada Vietnam yang dibimbing Cristiano Roland.

Malangnya, skuad negara tiada jawapan kepada setiap serangan balas pantas yang digerakkan Vietnam.

“Secara keseluruhan, Vietnam menunjukkan tahap terbaik mereka dan permainan tidak memihak kepada kita. Kita ada peluang menjaringkan gol seawal minit pertama tetapi dua minit selepas itu, mereka menjaringkan gol menerusi sepakan percuma,” katanya.

“Dari situ, tekanan beralih kepada kita dan kita bergelut mengekang setiap serangan balas mereka. Meskipun kita memiliki penguasaan bola, mereka mengawal tempo permainan dan sebelum rehat, mereka menjaringkan gol kedua.

“Semasa rehat, kita cuba membuat perubahan untuk menjaringkan gol dan kita mencipta satu lagi peluang. Tetapi mereka bertindak balas dan menjaringkan gol ketiga. Pada ketika itu, kita sudah terkeluar dari permainan dan cuba membuat pertukaran untuk kekalkan struktur kita.”

Kekalahan itu menyaksikan Malaysia terlepas peluang mara ke kejohanan itu buat kali ketujuh. Kali terakhir Malaysia layak ialah edisi 2023.

Vietnam pula mendapat bonus lebih RM90,000 daripada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) atas kejayaan mereka layak