Javier Ribera: Lawan Vietnam Ibarat Final
MakanBola
Vietnam FF

Pengendali Malaysia B-16, Javier Jorda Ribera menyifatkan aksi terakhir Kumpulan C menentang Vietnam ibarat aksi final.

Hal ini dinyatakan beliau apabila ditanya tentang peluang skuad negara layak ke Piala Asia B-17 2026 dari kumpulan berkenaan.

Jurulatih Sepanyol itu menyifatkan semua pasukan dalam Kumpulan C mampu memberi cabaran kepada anak buahnya.

Pada masa sama, Ribera tetap percaya dengan kemampuan skuad Malaysia B-16 untuk melakar kecemerlangan di bumi Vietnam.

“Ianya sukar untuk menghakimi pasukan mana yang akan mara kerana ini satu kempen yang sukar dengan satu slot untuk layak.

“Pasukan yang berjaya mara ke pusingan akhir perlu bertuah dalam kesemua lima perlawanan.

“Kita berdepan tuan rumah, Vietnam B-17 dalam aksi terakhir (kumpulan) dan harapnya bagi kita, ia akan jadi seperti aksi final, ianya akan jadi bagus,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

Malaysia akan membuka kempen Kumpulan C dengan menentang Mariana Utara pada jam 8.00 malam waktu Malaysia.

Penjaring terbanyak Piala Belia musim 2025, Arayyan Hakeem Norizam dijangka menjadi sandaran gol Ribera dalam aksi kelayakan Piala Asia B-17 2026.

Hanya juara kumpulan saja yang layak secara merit ke kejohanan itu yang akan berlangsung di Arab Saudi pada Mei 2026.