JDT Ada Pelan Tersendiri Kekang Svay Rieng
MakanBola
JOHOR SOUTHERN TIGERS

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai pelan tersendiri untuk mengekang asakan wakil Kemboja, Svay Rieng dalam aksi Shopee Cup pada Khamis.

Ketika ini, JDT berada di kedudukan teratas kumpulan B selepas berjaya mengumpul 6 mata dalam 2 aksi pertama Shopee Cup musim ini.

Kedudukan ini hasil daripada keputusan menang 3-1 ke atas wakil Singapura, Lion City Sailors dalam aksi pembukaan Shopee Cup di halaman sendiri pada Ogos lalu.

Selain itu, keputusan menang ke atas wakil Thailand, Bangkok United 4-0. Aksi tersebut menyaksikan jaringan hatrik daripada Bergson da Silva dan satu gol Joao Figueiredo.

Menurut Shane Lowry, pasukan JDT melakukan analisis kepada semua pemain bukan hanya tertumpu pada seseorang bagi memastikan dapat mengekang setiap gerakan dan percubaan.

“Seperti yang jurulatih katakan, kami membuat analisis terhadap keseluruhan pasukan, bukan hanya tertumpu kepada seorang pemain. Sudah tentu kami menghormati mereka tetapi kami juga mempunyai perancangan sendiri. Kami fokus kepada apa yang kami mahu lakukan. Ia akan menjadi perlawanan yang menarik.”

Tambah beliau, JDT beraksi dalam 4 atau 5 hari sekali sangat mendahagakan piala kerana mempunyai pemilik kelab yang sangat bercita-cita tinggi.

“Ketika ini kami bersaing dalam lima kejohanan dan kami bermain setiap empat atau lima hari. Mentaliti kami adalah untuk sentiasa memburu kejayaan dan memenangi piala. Kami mempunyai pemilik kelab yang bercita-cita tinggi dan sentiasa mendorong pemain dalam latihan,” kata Shane Lowry ketika sidang media sebelum perlawanan bertemu Svay Rieng pada Rabu

JDT bakal menentang pasukan Svay Rieng dalam aksi ke-3 saingan Shopee Cup musim ini pada Khamis di halaman lawan.