Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) Bawah 12 Tahun (B-12) terus menunjukkan prestasi mantap apabila membelasah Woodlands Lions 7-0 dalam aksi terbaru Singapore Youth League (SYL).
JDT B-12 dalam Liga B-13 sukar dicabar kelab Singapura itu dalam aksi yang berlangsung di Stadium Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kejayaan tersebut membantu JDT B-12 terus unggul menerajui Liga B-13 SYL dengan 13 mata.
Meskipun pasukan itu berkongsi mata sama dengan Singapore Sports School, ubi muda Harimau Selatan memiliki kelebihan besar dari segi perbezaan jaringan iaitu 21 gol.
Penyertaan pasukan muda JDT dalam SYL terhasil menerusi kerjasama yang dimeterai antara Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS).
Kerjasama dua entiti bola sepak itu meliputi banyak aspek termasuk pembangunan akar umbi Johor dan Singapura.
Pencapaian JDT terutama di peringkat akademi seperti JDT B-12 turut disentuh DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dalam sidang media yang diadakan pada 25 Oktober lalu.