JDT Lanjut Kerjasama Bersama Nike Sehingga 2029
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) melanjutkan kerjasama dengan pembuat pakaian sukan terkenal, Nike sehingga tahun 2029.

Pengumuman lanjutan kerjasama itu dibuat pengurusan JDT menerusi satu kenyataan di platform Johor Southern Tigers.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan bangga mengumumkan lanjutan kerjasama empat tahun bersama Nike sebagai penaja utama pakaian rasmi kelab sehingga 2029.

Pengarah Pemasaran Sukan (Asia Tenggara dan India), Audrey Golden memeterai perjanjian bagi pihak Nike. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Luis Garcia pula mewakili Harimau Selatan.

Garcia menyifatkan lanjutan kerjasama ini sebagai sesuatu yang baik. Ini ditambah dengan Nike menjadi antara rakan jangka panjang JDT dalam tempoh 10 tahun.

“Kami gembira untuk melanjutkan kerjasama kami dengan Nike, yang telah menjadi rakan jangka panjang yang baik sepanjang sedekad ini,” katanya.

Delegasi Nike bukan saja diberi peluang melihat pelbagai kemudahan yang dimiliki JDT.

Malah, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor turut terima mengadap delegasi syarikat jenama sukan antarabangsa itu.

Delegasi Nike turut menyampaikan cenderahati eksklusif berupa pelapik pelana berlogo JDT dan Nike kepada baginda.