JDT Meterai Kerjasama Dengan UMW Toyota
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) menjalin kerjasama strategik pembuat kereta antarabangsa, UMW Toyota Motor Malaysia.

Kerjasama ini diumumkan pengurusan Harimau Selatan di platform rasmi Johor Southern Tigers. Kerjasama ini menyaksikan Toyota menjadi rakan pengangkutan rasmi kelab berkenaan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan bangganya mengumumkan kerjasama strategik bersama UMW Toyota Motor Malaysia sebagai Rakan Mobiliti Rasmi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di mana jenama Toyota akan dipaparkan dengan megah pada jersi kami musim 2025–26.

“Bersama-sama, kami melangkah ke musim baharu dengan penuh kekuatan dan azam,” kata kelab dalam satu kenyataan.

Pengumuman ini menyaksikan jenama Toyota akan menggantikan jenama aplikasi platfrom Socios.com pada bahagian hadapan jersi baru JDT untuk musim 2025/26.

Sebaik pengumuman ini dibuat, ramai penyokong JDT teruja dengan kerjasama tersebut. Ini kerana kerjasama ini mengingatkan mereka tentang kerjasama antara kelab Sepanyol, Valencia dengan Toyota.

JDT mengikut jejak kelab Serie A, AS Roma yang menjalin kerjasama dengan pembuat kereta antarabangsa itu.