Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz anggap “JDT perlu belajar daripada kesilapan” ketika JDT hampir dikalahkan oleh Negeri Sembilan pada Selasa.
Xisco Munoz mengambil alih posisi sebagai ketua jurulatih dari Hector Bidoglio bagi Liga Super musim 2025-2026.
Beliau menyertai JDT dari Dunajska Streda (Slovakia) pada pertengahan tahun ini mempunyai tugasan yang besar bagi mempertahankan kejuaraan Liga Malaysia.
Xisco turut pernah melatih beberapa kelab besar seperti Sheffield Wednesday, SD Huesca dan Watford di Liga England.
“Saya rasa ini situasi yang berbeza. 20 minit pertama, bukan tahap yang kita mahukan.”
“Selepas pasukan kami menyedari kesilapan kami mula bermain dengan tahap yang kami selalu terapkan.”
“Kami perlu meneruskan permainan ini dengan tahap kami dan perkara yang paling penting kami perlu belajar adalah cara memulakan perlawanan dengan lebih agresif,” kata Xisco Munoz ketika sidang media selepas perlawanan.
Walaupun berdepan dengan tekanan pada awal minit perlawanan skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan keputusan 5-3.
JDT bakal meneruskan aksi Liga Super musim ini dengan menentang Kuching City di tempat lawan.