Rekaan jersi terbaharu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menarik perhatian ramai.
Pada Rabu, kelab Harimau Selatan telah melancarkan jersi baharu di laman sesawang mereka seperti laman Facebook.
Jersi yang berwarna biru muda itu turut dihiasi bersama logo Toyota dianggap menarik dan membuatkan para peminat bola sepak tanah air rambang mata apabila melihatnya.
Penggambaran video pelancaran jersi tersebut telah diadakan di Sepanyol seiring aksi pra-musim Johor yang masih berjalan di bumi Eropah tersebut.
Tinjauan di laman Facebook menyaksikan sebilangan besar peminat The Southern Tiger berpuas hati dengan rekaan yang moden dan variasi dari musim lepas yang dikeluarkan oleh pengeluar pakaian sukan terkemuka di dunia iaitu Nike.
“Fuhh vibe europe wooo,” – tulis Muhamad Ezainel di ruangan komen.
“Biru air laut nice,” ujar pemilik akaun Faiz Izzudin dengan rasa teruja.
“Fuhhhhh stylo,” kata Muhammad Firdaus pula.
Penyokong-penyokong yang berminat boleh mendapatkan jersi ini di JDT Direct Stores dan jualan dalam talian rasmi JDT bermula 27 Julai ini.