Joao Figueiredo Beri Sokongan Buat JDT
MakanBola
Johor Southern Tigers

Penyerang Harimau Malaya, Joao Figueiredo memberikan sokongan khusus kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) meski berdepan penggantungan oleh FIFA ketika ini.

Nama Joao Figueiredo tersenarai dalam 7 pemain warisan negara yang digantung oleh FIFA pada 27 September lalu atas dakwaan isu pemalsuan dokumen melibatkan susur galur beliau.

Oleh itu, khidmat Figueiredo tak dapat diturunkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan ketika perlawanan penting termasuklah pada aksi domestik dan kejohanan AFC Champions League Elite (ACLE).

Walaupun berdepan hukuman oleh FIFA, bekas penyerang Istanbul Baseksehir ini masih setia memberikan sokongan kepada JDT yang turun berdepan Shanghai Shenhua pada Rabu.

Menerusi catatan di instastory, Joao Figueiredo memuat naik sebuah foto sedang menonton perlawanan ACLE antara JDT dan kelab dari China tersebut secara langsung di televisyen beliau.

Instastory Joao Figueiredo Joao Figueiredo Beri Sokongan Buat JDT
Instagram: Joao Figueiredo

Ketika ini, Figueiredo dan 6 lagi pemain warisan Malaysia tak dibenarkan beraksi bersama kelab serta skuad negara untuk sementara sehingga selesai tatkala kes ini difahamkan bakal dibawa ke CAS.