Joao Figueiredo Kongsi Foto Bersama Keluarga?
MakanBola
Malaysia NT

Penyerang Harimau Malaya, Joao Figueiredo mengejutkan penyokong apabila berkongsi sebuah foto yang dipercayai keluarga beliau yang berasal dari Malaysia.

Nama Joao Figueiredo tersenarai dalam 7 pemain warisan negara yang digantung oleh FIFA pada 27 September lalu atas dakwaan isu pemalsuan dokumen melibatkan susur galur beliau.

Oleh itu, khidmat Figueiredo tak dapat diturunkan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dan skuad kebangsaan ketika perlawanan penting sebelum ini termasuklah pada aksi menentang Laos minggu lalu.

Kesemua 7 pemain ini didakwa tidak memiliki asal-usul dari Malaysia selepas laporan dikeluarkan oleh FIFA bertarikh 6 Oktober lalu mendedahkan tempat lahir sebenar nenek atau datuk mereka.

Di dalam laporan, FIFA menyatakan bahawa nenek atau datuk 7 pemain ini masing-masing dilahirkan di Belanda, Argentina, Brazil dan Sepanyol sekaligus bertentangan dengan peraturan badan induk itu.

Walau bagaimanapun, sebuah hantaran terbaharu di laman Instastory pada Sabtu memaparkan sekeping foto keluarga yang dipercayai milik Joao Figueiredo bersama seluruh ahli termasuklah nenek beliau.

Joao Figueiredo Keluarga Joao Figueiredo Kongsi Foto Bersama Keluarga?
Instagram Joao Figueiredo

Berdasarkan dokumen yang dihantar oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia sebelum ini, nenek Figueiredo dilaporkan lahir di Johor sebelum disanggah oleh laporan FIFA pada 6 Oktober lalu.

Sehingga kini, tiada makluman rasmi lagi berkaitan perkara ini ketika mana proses rayuan oleh FAM masih lagi berjalan dan dijangka keputusan tersebut akan diketahui pada 30 Oktober hadapan.