Johan Ghazali Bakal Dicabar Zakaria El Jamari
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali Zulfikar berharap dapat bangkit menjelang aksi pertarungan ONE Championship seterusnya.

Ini kerana Johan bakal berdepan cabaran jaguh Muay Thai Algeria, Zakaria El Jamari. Kedua-dua jaguh ini akan berentap di Stadium Lumpinee, Bangkok pada 6 September ini untuk kategori flyweight.

Johan dan Zakaria amat memerlukan kemenangan selepas kedua-duanya mengalami tiga kekalahan dalam karier mereka.

Johan yang mesra disapa Jojo ingin bangkit selepas tewas kepada jaguh berdarah Colombia-Amerika, Diego Paez.

Zakaria juga terdesak memburu kemenangan selepas tewas dalam aksi sebelumnya. Menariknya, antara lawan yang berjaya menumbangkan beliau ialah seorang lagi jaguh Malaysia, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib.

Aliff menewaskan Zakaria pada Ogos 2024. Beliau juga turut menumbangkan adik beliau, Elmehdi El Jamari dalam satu lagi pertarungan ONE Championship pada Jun lalu.