Johan Ghazali Minta ONE Championship Pilih Lawan Seterusnya
UltraSukan
Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali mendedahkan beliau meminta ONE Championship memilih siapa lawan beliau yang seterusnya.

Perkara ini didedahkan jaguh berusia 18 tahun itu apabila ditanya siapa yang bakal menjadi lawan beliau yang seterusnya.

Johan yang mesra disapa Jojo mendedahkan ramai jaguh Muay Thai lain berusaha mendapatkannya sebagai lawan mereka.

Lantaran itu, beliau memilih menyerahkan kepada ONE Championship untuk menentukan siapa lawan yang dilihat sesuai baginya bila bertarung pada Disember ini.

“”Insya Allah, (pertarungan seterusnya) bulan Disember tetapi belum ada pengesahan lagi. Jadi berharap dalam masa terdekat, Jojo boleh berlawan.

“Banyak lawan yang berminat tetapi Jojo suruh ONE Championship pilih (siapa lawan yang bersesuaian).” katanya seperti dilaporkan Stadium Astro.

Johan berharap dapat menutup tahun 2025 dengan kemenangan selepas segar daripada kejayaan menewaskan Zakaria El Jamari di Bangkok, Thailand bulan lalu.