Dr Johan letak 5 sasaran kompetitif buat Selangor bagi semua pertandingan yang disertai.
Johan Kamal menetapkan beberapa sasaran yang realistik bagi skuad Selangor tersebut berikutan pencapaian mereka pada musim lepas selepas menduduki tempat kedua Liga Super dan mara ke final Piala FA.
Selangor yang telah merekrut beberapa bintang baharu dari Thailand, Brazil dan England seperti Willian Lira, Kevin Deeromram dan Zach Clough dijangka bakal memberi saingan pada musim ini.
“Semestinya dari segi keputusan kita mahukan kejayaan tetapi dari segi realistik dan melihat semua pertandingan yang kami sertai,”
“Setakat ini untuk dua musim yang lepas kami konsisten dan semakin kecil jurang kami antara juara liga, Johor Darul Ta’zim,”
“Bagi saya itu adalah perkara yang perlu kita lakukan menjarakkan diri dari pasukan lain dan mendekatkan diri dengan pendahulu liga itu perkara yang kami perlu teruskan,”
“Sasaran kita tetap sama Liga Super tempat kedua, Piala FA dan Malaysia final manakala Piala Kejuaraan Asia 2 dan Piala Shopee peringkat kalah mati,”
“Ini tidak mudah kerana pasukan lain turut melakukan persiapan yang baik bagi saya kami akan fokus dari satu perlawanan ke satu perlawanan,” kata Dr Johan Kamal ketika sesi di temubual oleh Astro Arena.
Selangor bakal membuka tirai perlawanan Liga Super musim ini dengan menentang skuad Johor Darul Ta’zim bagi saingan Piala Sumbangsih yang akan berlangsung pada minggu hadapan.