Selepas saingan GT World Challenge Asia, Johor Motorsport Racing (JMR) mengalihkan fokus kepada satu lagi saingan iaitu Asian Le Man Series.
Penyertaan JMR dalam kejohanan itu diumumkan menerusi satu kenyataan di platform rasmi pasukan itu.
“Johor Motorsport Racing memulakan kempen kempen Asian Le Mans Series 2025-2026 pada minggu hadapan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
“JMR menampilkan dua jentera Chevrolet Corvette Z06 GT3.R dan enam pemandu berkelas dunia untuk bersaing dalam kejohanan sebanyak enam pusingan sekitar Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE),” kata JMR dalam satu kenyataan.
Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj ibni Sultan Ibrahim mengetuai kempen JMR.
Empat lagi pelumba yang bersama JMR untuk kempen Asian Le Mans Series ialah Alexander Sims, Ben Green, Jordan Love dan Yasser Shahin.
Saingan Asian Le Mans Series bakal bermula di Sepang dari 13 hingga 14 Disember ini.