Juan Muniz Sertai Adelaide United
MakanBola
ADELAIDE UNITED

Bekas pemain tengah prolifik JDT, Juan Muniz telah menyertai Liga Australia bersama dengan Adelaide United bagi musim ini.

Juan Muniz yang telah meninggalkan skuad Harimau Selatan bagi musim ini dilihat membawa haluan baharu selepas menikmati musim gemilang bersama JDT.

Hal ini telah dimaklumkan oleh pasukan Adelaide United di satu hantaran media sosial pada Isnin bagi mengesahkan kehadiran pemain tersebut di bumi Australia.

Adelaide United mengesahkan skuad tersebut telah mendatangani Juan Muniz selama 3 tahun bermula musim ini.

Adelaide United bakal meneruskan aksi dalam Liga Australia dengan menentang Sydney pada 17 Oktober nanti di Stadium Hindmarsh.