Jurang Mata JDT & Pendahulu ACLE Tipis
MakanBola
Johor Southern Tigers

Kedudukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama pendahulu carta AFC Champions League Elite (ACLE) tak dipisahkan dengan jurang yang besar.

Perlawanan minggu ke-5 ACLE menyaksikan JDT kecundang di tangan Melbourne City 2-0 hasil jaringan awal Max Caputo dan gol di penghujung permainan oleh bintang muda, Medin Memeti.

Keputusan 2-0 itu meletakkan JDT kini di kedudukan ke-7 carta ACLE dengan mengutip 7 mata setelah 5 perlawanan hasil dua kemenangan, sekali seri dan dua kekalahan yang direkodkan.

Manakala, pendahulu carta ACLE zon Timur ketika ini iaitu Vissel Kobe pula memimpin carta dengan 12 mata setelah mencatatkan kemenangan ke-4 ke atas Shanghai Shenhua semalam.

Jurang 5 mata antara Vissel Kobe di tangga teratas dan JDT yang kini menghuni tempat ke-7 ini dilihat masih sengit dan terbuka dengan berbaki 3 lagi perlawanan liga ACLE selepas ini.

Skuad Harimau Selatan akan berdepan 3 kelab gergasi Asia, Shanghai Port di laman sendiri pada 9 Disember ini sebelum terbang ke Jepun untuk bertemu Sanfreece Hiroshima pada Februari 2026.

Kempen liga ACLE untuk pasukan JDT akan ditutup dengan perlawanan bertemu Vissel Kobe di Stadium Sultan Ibrahim pada 17 Februari, yang bakal jadi penentu kedudukan akhir dalam kumpulan.