Jurulatih Bangkok United Kaji Corak Permainan Selangor
MakanBola
True Bangkok United

Pengendali Bangkok United, Tochtawan Sripan mendedahkan beliau telah mengkaji corak permainan wakil Malaysia dalam Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2), Selangor FC.

Hal ini dinyatakan beliau sebaik mengetahui Selangor berada dalam Kumpulan G bersama Bangkok United.

Tochtawan yang juga bekas pemain kebangsaan Thailand percaya Merah Kuning akan memberi tentangan sengit kepada anak buahnya.

Ini kerana pasukan gergasi Lembah Klang itu memiliki ramai pemain berkualiti yang hebat. Atas sebab itu, Tochtawan mahu Bangkok United berada pada tahap terbaik menjelang aksi pertama Kumpulan G.

“Ini kali pertama kita menentang pasukan Malaysia dalam Liga Juara-Juara AFC. Ya, kita sudah menganalisis dan membuat kajian tentang pasukan Selangor.

“Mereka memiliki ramai pemain kebangsaan Malaysia dan ramai pemain berkualiti yang bagus,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.

Selangor dan Bangkok United akan berentap di Stadium MBPJ pada 18 September. Selain mereka, Lion City Sailors (LCS) dan Persib Bandung turut berada dalam Kumpulan G.

Merah Kuning berharap dapat meneruskan rentak kemenangan selepas membelasah Malaysian University FT (MUFT) 9-0 dalam aksi kedua pusingan 16 Piala FA baru-baru ini.