Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias dilihat semakin hampir meninggalkan pasukan itu.
Ini selepas portal Globo melaporkan pemain tengah berusia 29 tahun itu mengadakan rundingan dengan kelab Brazil, Fortaleza baru-baru ini.
Situasi ini turut didorong oleh minat jurulatih kelab tersebut, Juan Pablo Vojvoda terhadap Elias. Ini beliau mengenali pemain berdarah Syria-Argentina itu ketika bersama Newell’s Old Boys.
Sebelum ini, Elias dikaitkan dengan perpindahan pinjaman ke kelab lamanya, San Lorenzo. Walau bagaimanapun, perpindahan pinjaman tersebut gagal direalisasikan.
Elias kemudiannya menyaman Los Santo kerana gagal melunaskan hutang terhadapnya yang berjumlah 30 juta pesos (RM109,000).
Elias dijangka tidak berdepan masalah menyertai Fortaleza sebagai ejen bebas. Ini kerana kontraknya bersama JDT akan berakhir pada 30 Jun ini.
Sekiranya perpindahan ini direalisasikan, beliau berpeluang beraksi bersama seorang lagi bekas pemain Harimau Selatan iaitu Juan Martin Lucero.
Penyerang berusia 33 tahun itu sempat bersama JDT selama semusim pada 2016. Lucero membantu JDT bergelar juara Piala Sumbangsih, Liga Super dan Piala FA.
Sejak itu, Lucero kemudiannya beraksi untuk Tijuana, Godoy Cruz, Defensa y Justicia, Velez Sarsfield dan Colo Colo. Beliau kemudiannya menyertai Fortaleza pada 2023.