Ketua jurulatih sementara Singapura yang baharu menganggap Malaysia lawan terbaik buat mereka.
Gavin Lee yang mengambil alih posisi sebagai ketua jurulatih sementara Singapura dari Tsutomu Ogura menganggap Malaysia merupakan calon yang sesuai untuk diuji sebelum aksi Kelayakan Piala Asia 2027.
Singapura yang memulakan langkah kanan di pentas Kelayakan Piala Asia apabila menundukkan skuad Bangladesh 2-1 di Dhaka pada Jun lalu.
Skuad yang diberi gelaran The Lions itu mendahului kumpulan C dengan 4 mata mendahului Hong Kong, China dengan perbezaan satu jaringan manakala India dan Bangladesh di kedudukan dua tercorot kumpulan.
“Perlawanan ini adalah satu pengalaman yang berharga bagi kami untuk mempersiapkan diri sebelum bertemu India di perlawanan Kelayakan Piala Asia pada Oktober ini,”
“Malaysia bakal menjadi lawan yang sukar kerana skuad Harimau Malaya bermain di gelanggang sendiri dan peminat yang ramai,”
“Ini adalah yang kami mahukan untuk mencuba memantapkan skuad kami sebelum Kelayakan Piala Asia pada Oktober nanti,” kata Gavin Lee, yang mengambil alih posisi ketua jurulatih sementara Singapura pada Julai lalu.
Kali terakhir skuad Singapura bertemu Malaysia di Kuala Lumpur adalah pada perlawanan ASEAN Mitsubishi Electric Cup 2024 yang menyaksikan The Lions berjaya mengikat Malaysia dengan keputusan 0-0.