Seorang jurulatih yang memiliki reputasi tinggi di Malaysia difahamkan menjadi buruan negara Piala Dunia.
Bakat kejurulatihan yang berada di Malaysia menjadi perhatian seluruh dunia tatkala terdapat beberapa jurulatih yang telah melebarkan sayap ke luar negara.
Hal ini termasuklah dalam arena sukan utama di Malaysia iaitu bola sepak dan juga futsal dengan barisan pemain yang kini membawa haluan ke negara di Asia Tenggara lain dan juga Asia.
Khabar angin mula timbul susulan prestasi cemerlang seorang jurulatih di Malaysia yang membantu pasukan pada tahun 2025 ini.
Jurulatih berkaliber tinggi yang sudah pun beberapa tahun dalam arena kejurulatihan Malaysia bagaimanapun dijangka bakal membawa haluan baharu.
Destinasi terbarunya dikatakan adalah salah sebuah negara yang beraksi pada pentas Piala Dunia selepas kontraknya difahamkan bakal tamat pada Disember 2025.
Proses untuk mencari pengganti kepada jurulatih ini giat diatur tatkala masih terdapat misi besar yang perlu diharungi oleh pasukanya ketika ini.
Walau bagaimanapun, masih belum ada pengesahan rasmi berhubung perkara ini daripada mana-mana pihak sungguhpun para pemain telah memberikan bayangan ucapan perpisahan dengan jurulatih ini.