Kapten Laos Anggap Malaysia Tetap Hebat Tanpa 7 Pemain Warisan
MakanBola
Lao FF

Kapten Laos, Bounphachan Bounkong menganggap Malaysia tetap satu pasukan hebat meskipun tanpa kehadiran tujuh pemain warisan.

Hal ini digariskan beliau apabila ditanya tentang ketiadaan tujuh pemain tersebut dalam kempen Harimau Malaya kali ini.

Meskipun tujuh pemain tersebut tiada, Bounphachan enggan memandang rendah cabaran pasukan negara.

Ini kerana masih ada ramai tonggak Harimau Malaya yang berupaya memberi ancaman kepada Laos dalam aksi ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

“Bagi Malaysia, walaupun tujuh pemain mereka dikenakan penggantungan FIFA tetapi pemain Malaysia yang beraksi di Liga Malaysia sangat bagus,” katanya seperti dilaporkan SNE Sports.

Sentimen Bounphachan hampir serupa dengan sentimen jurulatih Laos, Ha Hyeok-jun. Jurulatih Korea Selatan itu tidak melihat ketiadaan tujuh pemain tersebut sebagai kelebihan sebagai tuan rumah.

Laos akan menentang Malaysia di Vientiane pada 9 Oktober. Ini disusuli aksi timbal balik pada 14 Oktober.