Karakter Nepal Dari Kaca Mata Dion Cools
MakanBola
Malaysia NT

Kapten Harimau Malaya, Dion Cools memiliki pandangan tersendiri mengenai pasukan Nepal menjelang perlawanan minggu hadapan.

Kem latihan kebangsaan memasuki hari ke-4 dengan berbaki kurang seminggu sebelum perlawanan penting antara Nepal vs Malaysia bakal berlangsung di Bukit Jalil minggu hadapan.

Persediaan tampaknya berjalan lancar dengan kesemua 27 orang pemain berada dalam keadaan bersedia untuk turun menentang Nepal yang ketika ini dikendalikan oleh jurulatih interim, Hari Khadka.

Menurut Dion Cools, skuad kebangsaan akan kekal bermain mengikut corak dan gaya bola sepak tersendiri meski sedar pihak lawan bakal turun dengan membawa sistem permainan baharu.

”Jadi saya rasa, dari sudut pandangan kami, kami sentiasa cuba bermain dengan gaya bola sepak kami sendiri,” kata Dion Cools ketika ditemui pada Khamis di Bukit Jalil.

Tambahnya,

“Kami sudah memiliki sedikit gambaran tentang bagaimana mereka (Nepal) akan bermain dan corak permainan mereka.”

“Jadi, kami sedang berusaha mencari jalan penyelesaian terhadap apa yang mungkin mereka cuba lakukan terhadap kami,”

Walau bagaimanapun,

“Namun dalam bola sepak, kita tidak pernah tahu. Mereka (Nepal) mungkin menukar bakal sistem permainan atau menurunkan pemain lain.

“Buat masa ini, kami sebenarnya tidak tahu siapa yang bakal diturunkan.”

“Tetapi apabila tiba hari perlawanan, kami akan tahu 100% siapa yang akan bermain, siapa pemain berbahaya mereka dan bagaimana kami boleh mengambil kesempatan terhadap kelemahan mereka juga.”

Aksi Nepal vs Malaysia dijadualkan berlangsung pada Selasa, 18 November hadapan di Stadium Nasional Bukit Jalil dengan sepak mula tepat jam 9 malam