Keadaan Padang SNBJ Cemerlang, Sedia Aksi Nepal vs Malaysia
MakanBola
Malaysia NT

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dilihat berada pada tahap terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Nepal.

SNBJ menjadi pilihan pertembungan dua pasukan itu atas permintaan Persekutuan Bola Sepak Seluruh Nepal (ANFA) pada September lalu.

Ini kerana kerja-kerja penambahbaikan di stadium keramat mereka, Stadium Dasharath di Kathmandu masih lagi berjalan.

Permohonan ANFA diluluskan AFC selepas pemeriksaan delegasi badan induk itu mendapati stadium itu gagal memenuhi keperluan untuk penganjuran aksi antarabangsa.

Ini memberi kelebihan buat anak buah Peter Cklamovski. Ini kerana mereka berpeluang menambah koleksi mata di hadapan Ekor Harimau Malaya.

Meskipun Malaysia menghadapi musim tengkujuh, ini dijangka tidak memberi masalah kepada SNBJ terutama dari segi padang.

Ini kerana SNBJ sudah memiliki sistem saliran baru untuk memastikan padang stadium tidak digenangi air.

Sistem ini sudah terbukti dalam aksi final Piala Malaysia musim 2024/25 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC.

Sistem saliran baru SNBJ memastikan padang tidak digenangi air untuk aksi tersebut. Ini turut dibantu dengan persiapan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memastikan stadium sentiasa berada pada tahap terbaik.

Hal ini dijangka membantu anak buah Peter Cklamovski untuk menampilkan permainan berkualiti menentang Nepal.

Seandainya Harimau Malaya berjaya memenangi perlawanan tersebut, kedudukan skuad negara selaku pendahulu Kumpulan F sukar dicabar dengan kutipan 15 mata.