Kedah DA Realistik Hadapi Saingan Liga A1
MakanBola
AFL

Saingan Liga A1 Semi-Pro dapat menjadikan medan terbaik buat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk terus berada di dalam saingan liga bola sepak Malaysia.

Skuad ini terpaksa menaruh kepercayaan kepada pemain muda sahaja kerana mengalami sekatan perpindahan pemain kerana mempunyai masalah kewangan pada musim lepas.

Ini memastikan Liga A1 merupakan pentas paling terbaik untuk skuad Muda Kedah tersebut membina kembali nama Kedah di dalam kancah Liga Malaysia.

Menurut ketua jurulatih (KDA FC), Azzmi Aziz “Kami kena realistik dengan situasi semasa pasukan, enggan meletakkan janji dengan apa yang dilalui pasukan ketika ini (sekatan perpindahan pemain)”.

“Bermain dihadapan penyokong yang ramai juga antara elemen yang perlu dihadapi pemain-pemain muda dalam pasukan, bagi saya ia bukanlah mudah namun tidak mustahil dilakukan,” ujarnya kepada AFL.

Selain itu, bagi ketua jurulatih Kedah tersebut dengan ketiadaan pemain asing mereka bakal menghadapi cabaran seperti ketandusan penyudahan yang kurang berkesan.

Kedah Darul Aman hanya menyasarkan kedudukan ke 10 terbaik sahaja bagi kempen Liga A1 Semi-Pro musim 2025-2026.

KDA akan membuka tirai perlawanan dengan menentang Machan di Stadium Mini MPKP, Jitra dan bakal meneruskan aksi kedua dengan bertemu Bunga Raya di Arena IRC Sendayan.