Johor Darul Ta’zim (JDT) kini berada di kedudukan terbaik dalam carta kumpulan Shopee Cup selepas belasah Bangkok United
Pada Rabu, JDT turun melayani kunjungan Bangkok United dalam aksi kedua peringkat kumpulan Shopee Cup dengan membawa misi untuk sekali lagi mengutip 3 mata di depan penyokong sendiri.
Impian tersebut berhasil direalisasikan dengan Bergson Da Silva cemerlang mencetak hatrik di babak kedua manakala Joao Figueiredo melengkapkan kemenangan JDT ke atas Bangkok United.
Kemenangan 4-0 ini meletakkan JDT kini berada di tangga teratas kumpulan B dengan mengumpul 6 mata maksimum selepas dua perlawanan dan berpeluang cerah ke separuh akhir.
Manakala Bangkok United yang baru mengharungi satu aksi menghuni kedudukan tercorot tanpa sebarang mata dengan carta ini berpotensi untuk berubah selepas aksi Nam Dinh vs Svay Rieng.