Kedudukan Terkini JDT Selepas Tewas Kepada Melbourne City
MakanBola
Johor Southern Tigers

Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur kehilangan tempat di tangga kedua carta ACLE selepas tumpas kepada Melbourne City pada Selasa.

Aksi ke-5 AFC Champions League Elite (ACLE) menyaksikan JDT berkunjung ke Australia untuk berdepan Melbourne City dengan misi besar bagi meneruskan rentak positif di pentas Asia.

Hasrat tersebut bagaimanapun tidak kesampaian apabila JDT tumbang 2-0 di tangan Melbourne City hasil dua gol yang disumbangkan oleh Max Caputo dan Medin Memeti.

Keputusan ini meletakkan JDT di kedudukan ke-4 carta ACLE zon Timur dengan mengutip 7 mata hasil dua kemenangan, satu keputusan seri dan dua kekalahan yang dicatat selepas 5 perlawanan.

Manakala Melbourne City pula melonjak ke kedudukan kedua dengan 9 mata selepas berjaya mengalahkan JDT, berkongsi mata dengan pendahulu semasa iaitu Vissel Kobe dari Jepun.

Walau bagaimanapun, kedudukan ini masih boleh berubah bergantung kepada keputusan semasa 5 lagi aksi yang kini masih lagi berlangsung dan akan dimainkan pada hari esok.

Perlawanan ke-6 ACLE akan berlangsung pada 9 Disember hadapan dengan JDT bakal kembali ke laman sendiri untuk melayani kunjungan kelab gergasi dari China, Shanghai Port.

Manakala Melbourne City pula akan terbang ke Korea Selatan untuk menentang FC Seoul pada 10 Disember.