Kedudukan Terkini Kumpulan A Setelah Malaysia B-23 Kalah Kepada Filipina
MakanBola
Malaysia NT

Ini kedudukan terkini pasukan Malaysia B-23 setelah tumpas kepada Filipina dalam aksi pertama kumpulan A Piala Mandiri ASEAN B-23 2025 pada Selasa.

Aksi yang berlangsung pada Selasa menyaksikan Malaysia B-23 di bawah kendalian Nafuzi Zain mendominasi sebahagian besar permainan tatkala Filipina lebih gemar untuk menyerap asakan.

Sungguhpun begitu, pasukan negara dikejutkan dengan gol pembukaan oleh Young Azkals menerusi Otu Banatao yang menampan lorongan Javier Mariano untuk jaringan pertama Filipina.

Harimau Muda cuba bangkit selepas itu namun Filipina lebih bijak menyambar peluang di atas kesilapan oleh pertahanan negara dan sekali lagi meledak gol menerusi Otu Banatao di minit ke-40.

Keputusan 2-0 ini kekal sehingga tamat 90 minit permainan ketika mana tiada jaringan terhasil di babak kedua sekaligus meletakkan Filipina B-23 kini di puncak kumpulan A dengan 3 mata.

Manakala Malaysia B-23 pula terpaksa akur berada di tempat terakhir kumpulan tanpa sebarang mata setelah aksi pertama ini tatkala menanti keputusan perlawanan antara Indonesia vs Brunei.

Indonesia yang juga tuan rumah Piala Mandiri ASEAN B-23 ini bakal berentap menentang Brunei pada jam 9 malam ini dengan keputusan ini akan jadi penentu carta kumpulan A nanti.

Perlawanan kedua peringkat kumpulan A pada Jumaat nanti bakal menyaksikan Malaysia bertemu Brunei di sebelah dan aksi Filipina vs Indonesia pula berlangsung di sebelah malam.