Kedudukan Terkini Kumpulan F Selepas Malaysia Belasah Laos
MakanBola
Malaysia NT

Malaysia mengukuhkan cengkaman dalam carta kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 selepas menewaskan Laos.

Aksi ke-3 pusingan akhir Kelayakan Piala Asia menyaksikan Malaysia turun ke Vientiane dengan misi untuk mengutip 3 mata selepas mencatat dua kemenangan dalam perlawanan lalu.

3 jaringan di babak kedua menerusi Arif Aiman, Dion Cools dan Faisal Halim memberi kemenangan yang amat penting dalam perjalanan Harimau Malaya menuju ke pentas Piala Asia.

Kejayaan 3-0 ke atas Laos meletakkan Malaysia di tangga teratas kumpulan F dengan 9 mata maksimum mengatasi pencabar terdekat, Vietnam di tempat kedua, ketinggalan 3 mata.

Laos yang tewas di laman sendiri tersebut masih berada di kedudukan ke-3 kumpulan buat masa ini dengan mengutip hanya satu kemenangan manakala pasukan Nepal di tangga tercorot.

Aksi seterusnya kumpulan F bakal menyaksikan Malaysia kembali ke Bukit Jalil untuk melayani kunjungan pasukan Laos manakala Nepal dan Vietnam bertemu lagi di Ho Chi Minh.