Kedudukan Terkini Malaysia Selepas Tamat Aksi Laos vs Vietnam
MakanBola
MALAYSIA NT

Malaysia terus kukuhkan kedudukan selepas tamat aksi bertemu Nepal dan perlawanan antara Laos vs Vietnam.

Pada Selasa, pasukan Harimau Malaya di bawah bimbingan Peter Cklamovski turun dalam perlawanan ke-5 kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Nepal di Bukit Jalil.

Walaupun tampak bergelut di awal aksi, jaringan Faisal Halim sudah cukup untuk memberikan 3 mata berharga buat skuad negara hasil kemenangan 1-0 di hadapan 14,243 penyokong.

Manakala satu lagi aksi kumpulan F menyaksikan Vietnam berjaya mengutip 3 mata penuh hasil kemenangan ke atas Laos 2-0 dengan Xuan Son mencetak salah satu gol untuk pelawat.

Dengan tamatnya dua aksi ini, Malaysia masih mengekalkan kedudukan di tangga teratas kumpulan F mengutip 15 mata maksimum hasil 5 kemenangan yang dicatat skuad negara.

Pencabar Harimau Malaya, Vietnam pula berada di tangga kedua kumpulan dengan mengumpul 12 mata diikuti Laos dan Nepal yang menghuni dua kedudukan tercorot selepas 5 aksi.

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan F akan berlangsung pada Mac 2026 dengan Malaysia bakal berkunjung ke laman Vietnam sementara Laos serta Nepal akan bertemu sesama sendiri.