Kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia di Sukan SEA 2025 bukan saja menjadi sebutan di seluruh negara. Malah, ia turut mendapat liputan media Jerman.
Portal DW News melaporkan kejayaan yang dilakar skuad regu berpasukan negara ke atas tuan rumah, Thailand di pentas final.
Kejayaan ini bukan saja kejayaan pertama Malaysia ke atas Thailand dalam acara itu dalam tempoh 34 tahun.
Malah, kejayaan ini cukup manis buat ketua jurulatih, Ahmad Jais Baharom. Ini kerana beliau sebahagian daripada pasukan negara yang memenangi emas acara sama pada edisi 1991 di Manila, Filipina.
Hal ini turut menarik perhatian bekas editor Astro Arena, Lee Seng Foo. “Jadi sebutan sampai ke Jerman,” katanya di X.
Kejayaan ini dijangka membakar semangat Malaysia untuk tampil lebih cemerlang selepas ini. Selepas ini, fokus kem negara beralih kepada acara regu dan quadran.