Kelab Cristiano Ronaldo Dikenakan Sekatan FIFA Kali Kedua
MakanBola
Al-Nassr FC

Kelab Cristiano Ronaldo, Al-Nassr dikenakan sekatan perpindahan FIFA buat kali kedua.

El Mundo Deportivo melaporkan sekatan perpindahan itu dikenakan kerana kelab Arab Saudi itu didakwa gagal melunaskan ansuran yuran perpindahan mereka.

Meskipun FIFA tidak menyebabkan sebab di sebalik keputusan itu, isu tersebut dikatakan membabitkan dua kelab Inggeris iaitu Manchester City dan Leicester City.

Salah satunya membabitkan perpindahan bek tengah Sepanyol, Aymeric Laporte. Al-Alami dilaporkan berhutang sebanyak €9 juta (RM43 juta) dengan tarikh akhir bayaran ialah 31 Ogos lalu.

Sekatan ini dikenakan kurang 2 minggu sebelum tetingkap perpindahan Januari dibuka. Jika Al-Nassr mahu memperkuatkan pasukan, mereka perlu segera melunaskan hutang tersebut.

Ini bukan kali pertama Al-Nassr dikenakan sekatan FIFA akibat tunggakan yuran perpindahan. Sebelum ini, mereka juga pernah dikenakan tindakan sama pada 2023.

Pada ketika itu, Al-Nassr juga didakwa masih berhutang dengan Leicester City berhubung perpindahan Ahmed Musa pada 2018.