Kelab Indonesia Turunkan 7 Import Amerika Latin Dalam Kesebelasan Utama
MakanBola
AREMA FC

Kelab Indonesia, Arema FC menurunkan 7 pemain asing dari Amerika Latin dalam kesebelasan utama.

Arema mengakhiri saingan Liga 1 Indonesia pada musim lepas di kedudukan ke 10 liga dengan mencatatkan 13 menang, 8 seri dan 13 kalah.

Kelab berpangkalan di Malang, Indonesia itu mempunyai dan membawa masuk beberapa pemain dari Amerika Latin terutamanya dari Brazil dan Argentina bagi mengukuhkan kedudukan liga pada musim ini.

Pemain-pemain tersebut ialah Betinho, Luiz Gustavo, Paulinho Moccelin, Valdeci, Odivan, Yann Motta, Ian Puleio, Dalberto dan Matheus Blade.

Arema membuka kempen saingan Liga 1 Indonesia dengan menurunkan 7 pemain dari Brazil dalam kesebelasan utama ketika menentang PSBS Biak.

Pemain-pemain Brazil yang diturunkan ialah Yann Motta, Luiz Gustavo, Valdeci, Betinho, Ian Puleio, Paulinho dan Dalberto di bahagian serangan bagi aksi pertama Liga 1 Indonesia.

Perlawanan tersebut menyaksikan skuad yang dipanggil Singo Edan (The Mad Lions) menumpaskan pasukan PSBS Biak dengan keputusan 4-1.

Keempat-empat jaringan skuad Arema dijaringkan oleh dua pemain Brazil iaitu Dalberto dan Valdeci. Dalberto berjaya mencatatkan hatrik dan Valdeci menjaringkan satu gol.

View this post on Instagram

A post shared by Arema FC (@aremafcofficial)

Arema bakal meneruskan aksi Liga 1 Indonesia dengan menentang PSIM Yogyakarta pada Sabtu di tempat lawan.