Kelantan FT muncul juara Kejohanan Futsal B-19 Kebangsaan 2025 selepas bangkit menumbangkan Selangor FC 2-1 pada Jumaat.
Perlawanan akhir yang berlangsung di gelanggang futsal Wisma FAM menyaksikan Selangor dan Kelantan beraksi sengit sebelum akhirnya kejuaraan menjadi milik gergasi Pantai Timur itu.
Selangor tampil mempertaruhkan penjaring terbanyak, Aidil Afiqzam yang juga kapten pasukan pada perlawanan ini dan Kelantan FT pula diketuai oleh tonggak di posisi Fixo, Faaris Amsyar.
Gol pertama perlawanan berjaya dihasilkan oleh pemain jersi nombor 16 Selangor, Amar Luqman di minit pertama selepas bijak mencari ruang kosong sebelum menolak bola mudah ke gawang Kelantan FT.
Usaha wakil Pantai Timur itu untuk memburu gol penyamaan akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-16 hasil penyudah cukup baik oleh Akmal Rizal untuk Kelantan FT mengikat skor 1-1.
Kebangkitan tercipta jua di awal babak kedua apabila kapten Kelantan FT, Faaris Amsyar berhasil merobek pintu gol lawan menerusi percubaan jarak jauh yang mengatasi Adam Naim di gawang.
Dua jaringan lewat oleh Faaris Amsyar dan juga Akmal Rizal memastikan kemenangan buat Kelantan FT bagi menjulang trofi Kejohanan Futsal Bawah 19 Kebangsaan 2025 untuk kali pertama.
Aksi tamat dengan keputusan 4-1 memihak Kelantan FT.0