Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) mengambil keputusan untuk melepaskan penyerang import, Ismael Salem Dunga.
Keputusan itu dibuat pengurusan pasukan Pantai Timur itu meskipun Ismael hanya sempat beraksi sebanyak tiga perlawanan untuk Kelantan RW.
Ini kerana pengurusan Kelantan RW kurang berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan penyerang dari Kenya itu.
“Kelantan Red Warrior FC dan penyerang import asal Kenya, Ismael Salim Dunga mencapai persetujuan bersama untuk menamatkan kontrak yang telah dimeterai.
“Ismael Salim yang dibawa masuk pada saat akhir sebelum jendela perpindahan pertama Liga Malaysia 2026/26 ditutup pada 1 September lepas tidak mencapai prestasi seperti yang dikehendaki kelab.
“Justeru itu, hasil perbincangan bersama kelab, ejen dan pemain, Kelantan Red Warrior FC mencapai persetujuan bersama dengan penyerang itu untuk penamatan kontrak berkuat kuasa serta merta,” kata kelab dalam satu kenyataan.
Keputusan ini menyaksikan Otis Khan dan Emmanuel Mbarga menjadi tonggak import Kelantan RW selepas ini.