Kelantan RW & 4 Kelab Liga A1 Rebut Slot Piala Malaysia
MakanBola
KELANTAN RW

Lima pasukan Liga A1 Semi-Pro kini berada dalam persaingan sengit bagi merebut slot ke saingan Piala Malaysia 2025-2026 yang dijadual bermula pada Januari 2026.

Perak FA, Kedah FA, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC), UM-Damansara United dan Armed Forces FC antara pasukan yang masih berpeluang cerah.

Pasukan ‘feeder’ seperti Selangor FC II, Johor Darul Ta’zim II dan Imigresen FC II sudah pasti tidak layak, sekaligus membuka peluang kepada lima pasukan tersebut.

Setakat ini, Perak FA mendahului carta dengan 25 mata, diikuti Kedah FA (24), KRW FC (22), UM-Damansara United (19) dan Armed Forces FC (18). Dengan baki beberapa perlawanan, sebarang keciciran mata boleh menjejaskan peluang ke Piala Malaysia.

Musim lalu, Melaka FC, PT Athletic FC dan KL Rovers FC mewakili Liga A1 Semi-Pro dalam kancah Piala Malaysia.

4 sehingga 29 Disember merupakan tarikh penting bagi setiap pasukan tersebut untuk meraih mata maksimum sekaligus melayakkan diri ke pentas Piala Malaysia musim ini.