Kelantan RW Beri Maklum Balas Kepada FIFA
MakanBola
Kelantan Red Warrior FC

Pengurusan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) sudah mengemukakan maklum balas berhubung surat tunjuk sebab FIFA baru-baru ini.

Perkara ini disahkan presiden pasukan, Nik Hafiz Naim Nik Hassan apabila diminta mengulas isu surat tunjuk sebab oleh wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Fina memaklumkan pengurusan Kelantan RW sudah menghantar maklum balas kepada FIFA pada 26 Julai lalu.

Maklum balas tersebut diharap dapat memastikan isu itu tidak lagi berlarutan dan tidak mengganggu persiapan Kelantan RW.

“Presiden KRW Nik Hafiz Naim Nik Hassan anggap bekas jurulatih sokongan Kelantan silap tembak.

“Surat FIFA sudah dijawab dan dihantar pada 26 Julai, dengan mengharapkan isu ini tidak lagi berlarutan dan ganggu persediaan KRW,” katanya di X.

Fina turut memaklumkan Nik Hafiz menafikan menerima arahan daripada FIFA berhubung isu menyekat pendaftaran pemain.

Terdahulu, pengurusan Kelantan RW mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada kena-mengena dengan liabiliti atau pentadbiran satu lagi pasukan Pantai Timur, Kelantan FC.

Kelantan RW turut memaklumkan mereka bersedia memberi kerjasama kepada FIFA dan FAM jika ada sebarang permintaan atau siasatan berhubung hal itu.