Pasukan Pantai Timur, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) terus memperkukuh kedudukan kewangan dengan membawa masuk empat penaja besar.
Empat penaja tersebut ialah Smart Autocare Garage, Royal Guest House, Nid Golok dan PSH Jaya Construction (M) Sdn Bhd.
Keempat-empat penaja ini diperkenalkan pengurusan Kelantan RW dalam satu majlis yang diadakan di Rantau Panjang baru-baru ini.
Majlis sama turut menyaksikan pelancaran Kelab Penyokong KRWFC-WIRA12. Ini sebagai meraikan sokongan setia penyokong kelab itu terutama bila mendepani saingan Liga A1 Semi-Pro.
Kehadiran empat penaja besar ini dilihat bukan saja menambah kekuatan kewangan Kelantan RW.
Malah, ini juga dilihat dapat membantu pasukan itu untuk terus memberi saingan dalam Liga A1 Semi-Pro.
Kelantan RW juga berpotensi layak beraksi dalam saingan Piala Malaysia musim ini. Hal ini boleh dicapai dengan syarat mereka mengalahkan Bunga Raya FC pada 30 Disember ini.