Skuad dari Kyrgyzstan, Sdyushor si-Asiagoal berjaya mengikat pasukan tuan rumah, Kelana United ketika aksi Kelayakan Asian Women Champions League.
Pasukan dari Malaysia, Kelana United menurunkan Diana di posisi penjaga gol dan Shalika sebagai pertahanan manakala Reva ditugaskan ayam tambatan skuad tersebut pada aksi ini.
Selain itu, Sdyushor si -Asiagoal dari Republik Kyrgyzstan membariskan Kalmurzaeva Samara dan Nagima Turaleiva sebagai kapten pasukan skuad tersebut.
Perlawanan bermula dengan sangat garang bagi kedua-dua pasukan bagi memastikan membawa pulang 3 mata penuh bagi aksi ini.
Kelana United tampak mempunyai lambakan peluang keemasan namun ke semua percubaan tidak berjaya menerjah gawang skuad dari Kyrgyzstan tersebut.
Skuad Kyrgyzstan turut melakukan beberapa percubaan ke gawang skuad Kelana United namun ketangkasan penjaga gol, Diana Syafiqah harus diberi pujian.
Pasukan Kyrgyzstan tersebut berjaya meledak jaringan pada minit ke 43′ namun gol tersebut dibatalkan kerana kedudukan pemain ofsaid.
Perlawanan separuh masa pertama tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.
Keluar dari bilik persalinan kedua-dua pasukan masih bernafsu untuk mencipta jaringan pertama bagi memastikan membawa pulang mata ke halaman masing-masing.
Skuad dari Kyrgyzstan tersebut dilihat mempunyai kelebihan dari segi fizikal namun masih gagal mencipta jaringan pembukaan bagi perlawanan ini.
Kelana United dilihat melancarkan beberapa serangan berbahaya ke gawang skuad Sdyushor si -Asiagoal namun segala percubaan tersebut gagal menerjah jaring.
Memasuki minit ke 80′ kedudukan masih terikat tanpa jaringan walaupun kedua-dua pasukan meningkatkan intensiti permainan bagi memperoleh gol pertama aksi ini.
Skuad Kelana United mendapat peluang keemasan untuk menjaringkan gol pada minit kecederaan separuh masa kedua namun rembatan tersebut tersasar.
Perlawanan tamat dengan keputusan terikat tanpa jaringan bagi kedua-dua pasukan.