Malaysia B-17 telah diundi bersama 5 negara termasuk Vietnam bagi aksi Kelayakan Piala Asia B-17.
Kelayakan Piala Asia B-17 bakal disertai oleh 38 pasukan bagi merebut tiket ke ke kejohanan berprestij itu yang dijadualkan berlangsung pada tahun hadapan.
Malaysia B-17 bakal turun dalam aksi Kelayakan Piala Asia di Vietnam pada 22 hingga 30 November 2025 bagi memastikan tiket Piala Asia B-17 menjadi milik Malaysia.
Piala Asia B-17 bakal berlangsung di Arab Saudi hanya akan disertai 16 negara. Walaubagaimanapun, hanya 7 juara kumpulan di pusingan Kelayakan akan layak ke Arab Saudi.
Hal ini kerana 9 pasukan yang layak ke pusingan suku akhir pada edisi lepas dan tuan rumah telah melayakkan diri secara automatik ke pentas Piala Asia B-17 2026.
Negara-negara dimaksudkan ialah Arab Saudi, Indonesia,Korea Utara, Korea Selatan, Jepun, Tajikistan, UAE dan Uzbekistan manakala Qatar layak sebagai tuan rumah pada edisi lepas.
Malaysia di undi bersama-sama Vietnam, Singapura, Hong Kong, Kepulauan Mariana Utara dan Macau dilihat mampu mencuri satu tiket automatik ke Piala Asia B-17 walaupun mempunyai cabaran yang sukar terutamanya Vietnam.
Piala Asia B-17 pada edisi lepas telah dimenangi oleh pasukan Uzbekistan ketika menewaskan Arab Saudi di pentas akhir dengan keputusan 2-0.
Selain itu, dua pasukan lain yang turut mara ke pusingan separuh akhir pada edisi lepas ialah Korea Selatan dan Korea Utara.
Piala Asia B-17 bakal membuka tirai perlawanan di Arab Saudi pada tahun 2026.