Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia ‘Ratah’ Kepulauan Mariana Utara 13-0
MakanBola
FA Malaysia

Malaysia membuka saingan Kelayakan Piala Asia B-17 2026 dengan begitu garang apabila tidak berdepan masalah bagi membelasah Kepulauan Mariana Utara pada Sabtu.

Kemenangan besar 13-0 direkodkan oleh Malaysia B-17 di bawah kendalian Javier Jorda Ribera ini dengan dua orang pemain cemerlang melakar hatrik bagi membawa pulang 3 mata sulung.

Pada perlawanan pembukaan ini, Malaysia B-17 menurunkan penyerang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arrayan Hakeem di jentera serangan tatkala Adrian Muslim dipilih mengemudi kubu negara.

Iman Danish yang juga penggempur muda skuad negara tak memerlukan masa yang lama untuk mencetak hatrik apabila menyumbat 3 gol dalam tempoh 15 minit untuk Malaysia B-17 di hadapan.

Selepas itu, 4 lagi pemain negara mengambil peluang untuk menembusi gawang lawan bermula dengan gol Nabil Ikhwan, Iman Irfan, Arfan Haziq dan Arayyam Hakeem sebelum babak pertama tamat.

Separuh masa pertama tamat, Malaysia 7-0 Kepulauan Mariana Utara.

6 lagi gol berjaya dihasilkan oleh pemain Malaysia B-16 ini masing-masing menerusi Nurikhwan Hazeem, Fahim Akmal, Alif Ashraf dan jaringan sendiri tonggak Kepulauan Mariana Utara.

Aksi berakhir dengan kemenangan besar 13-0 diraih oleh Malaysia B-16.

Perlawanan seterusnya bakal menyaksikan Malaysia akan bertemu Hong Kong sementara Kepulauan Mariana Utara bakal berdepan tuan rumah pusingan kelayakan, Vietnam pada 24 November ini.