Kelayakan Piala Asia B-17: Malaysia Unggul Benam Singapura
MakanBola
FA MALAYSIA

Malaysia berjaya membenam cabaran Singapura dengan keputusan 2-1 dalam aksi ke-4 Kelayakan Piala Asia B-17 2026 di Vietnam pada Jumaat.

Malaysia membariskan Adrian Muslim sebagai penjaga gol dan Arrayan Hakeem menggalas lilitan kapten pasukan manakala Iman Danish mengetuai jentera serangan.

Sementara itu, Singapura menurunkan Ilhan Rezal di benteng terakhir dan gandingan Vedant Raj & Danish Hazin sebagai ayam tambatan pasukan tersebut.

Harimau Malaya tidak menunggu lama untuk membuka akaun jaringan perlawanan pada minit ke 5′ aksi menerusi penyerang berbisa, Iman Danish selepas menerima hantaran lintang cantik dari Arrayan Hakeem sekaligus memberikan kelegaan kepada kem pasukan negara.

Malaysia terus menerus mengasak kubu Singapura bagi mencari gol kedua aksi namun beberapa percubaan berjaya dipatahkan oleh pasukan lawan.

Singapura turut melakukan percubaan berbahaya menerusi gandingan penyerang pasukan tersebut namun gagal menepati sasaran gawang Malaysia.

Harimau Malaya berjaya menambah jaringan kedua perlawanan pada minit ke 44′ menerusi penyerang berprolifik, Arrayan Hakeem selepas menerima umpanan mudah di hadapan gawang Singapura sebelum tamat aksi babak pertama.

Aksi separuh masa pertama tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada pasukan Malaysia.

Bersambung babak kedua perlawanan, Singapura dilihat meningkatkan intensiti permainan bagi mencari gol pertama pasukan tersebut.

Malaysia mempunyai peluang keemasan untuk menambah jaringan aksi pada minit ke 70′ menerusi Shakir Zamri namun rembatan beliau berjaya ditepis oleh penjaga gol Singapura, Adrian Muslim.

Memasuki minit ke 75′ Singapura berjaya membuka akaun jaringan menerusi Aaryan Hermi selepas meledak gol cantik dari sepakan penjuru sekaligus memastikan The Lions kembali dalam aksi.

Singapura dilihat melancarkan beberapa serangan dalam 10 minit terakhir perlawanan namun gol tambahan tidak dapat ditemui.

Aksi ke-4 Kelayakan Piala Asia B-17 tamat dengan keputusan 2-1 memihak kepada pasukan Malaysia.