Kelayakan Piala Dunia: Indonesia Berdepan Ujian Arab Saudi & Iraq
MakanBola
PSSI

Wakil tunggal Asia Tenggara, Indonesia berdepan tugas getir sekali lagi apabila diundi dalam kumpulan maut dalam misi untuk mara ke pentas Piala Dunia 2026.

Undian Kelayakan Piala Dunia 2026 Pusingan Keempat telah dilakukan sebentar tadi. Ia amat dinantikan bagi 6 negara yang masih kekal bersaing bagi peringkat Asia dalam misi ke Piala Dunia 2026.

Indonesia merupakan satu-satunya wakil dari negara Asean telah diundi bersama negara Iraq dan Arab Saudi dan semestinya pertembungan yang panas bersama Arab Saudi pada pusingan ketiga bakal berulang kembali.

Sementara itu, Qatar yang merupakan tuan rumah pada pusingan kali ini telah diundi bersama-sama Arab Emiriah Bersatu dan Oman.

Qatar yang mempunyai ranking tertinggi bagi pusingan ini iaitu di kedudukan 53 telah menjadi pasukan yang patut di awasi untuk merebut tiket automatik ke Piala Dunia 2026

Untuk makluman, Pusingan Keempat bakal berlangsung pada Oktober 2025 bertempat di Qatar untuk semua perlawanan. Juara kedua-dua kumpulan akan mendapat tiket secara automatik ke Piala Dunia 2026.

Sementara itu, bagi naib juara bakal ke Pusingan Kelima Piala Dunia 2026 pada November yang akan bertembung secara timbal balik.

Pemenang bagi perlawanan tersebut akan mewakili AFC di Inter-Confederation Play-Offs bagi merebut peluang terakhir ke Piala Dunia 2026.

Inter-Confederation Play-Offs bakal diadakan pada March 2026 yang akan bertembung bersama benua Concacaf, OFC, AFC, CAF dan CONMEBOL.