Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka mempertaruhkan barisan terbaik tatkala lima pemain kelihatan berlatih menjelang pertemuan dengan Shanghai Port.
Skuad kendalian Xisco Munoz bakal mengharungi perlawanan keenam kempen AFC Champions League Elite (ACLE) dalam misi untuk mara ke pusingan kalah mati.
Harimau Selatan kini merekodkan dua kemenangan, satu seri dan dua kekalahan – terbaru menentang Melbourne City dengan keputusan 2-0 di tempat lawan.
Beraksi di laman sendiri, JDT turun dengan momentum terbaik dengan rekod tiga kemenangan, satu seri dan satu tewas dalam lima perlawanan terakhir pasukan.
Sesi latihan JDT bagaimanapun mencuri tumpuan selepas beberapa pemain dilihat bakal memperkuat pasukan menjelang aksi pada Selasa malam.
Antara pemain yang berada dalam sesi latihan JDT ialah muka-muka utama seperti Bergson, Nazmi Faiz, Shahrul Saad, Nacho Mendez, Andoni Zubiaurre dan Oscar Arribas.
Beberapa pemain turut kelihatan seperti Manuel Hidalgo, Corbin-ong, Teto Martin, Raul Parra dan juga Syihan Hazmi selain kelibat Christian Abad Amat turut berlatih.
JDT memiliki rekod baik di laman sendiri, selain kebal berdepan kelab dari China termasuk ketika menewaskan Shanghai Shenhua 3-1 pada 5 November 2025.